Hi & Assalamualaikum.
Haa, memandangkan baru-baru ni keputusan Spm diumumkan, mesti ramai adik-adik yang masih buntu dekat mana nak sambung belajar nanti kan? Semua mesti tengah tunggu result upu. Sebelum upu keluar, sama ada kita dapat Form 6 atau dapat Matrik. Tapi ada ja yang takdak rezeki tak dapat dua-dua. Tapi masih boleh buat rayuan dekat Jabatan Pendidikan daerah masing-masing mohon masuk Tingkatan 6. Jangan pandang sebelah mata Form 6 ni. Banyak kelebihan budak-budak Form 6.
Sebagai senior Form 6 antara kelebihan yang korang akan dapat ialah:-
1. Lebih Banyak Pendedahan Cara Belajar di Universiti
Masa Form 6 ni kelas dah tak macam dulu. Ada kuliah dan latihan. Hari kuliah kelas akan digabungkan dan dibuat dekat auditorium atau bilik makmal. Cikgu pon berganti-ganti untuk kuliah. Hari tutorial baru diasingkan dalam kumpulan kecil duduk dalam bilik darjah. Untungnya kita dapat belajar dengan semua cikgu. Tapi ada jugak subjek yang kelas macam biasa.
2. Cikgu Layan Sebagai Orang Dewasa
Korang dah tak kena marah macam budak sekolah. Tapi ikut cikgu jugak la. Majoriti mindset cikgu-cikgu Form 6 ni akan layan pelajar Tingkatan 6 macam orang yang dah dewasa. Tapi kena sentiasa ingat, untuk dihormati kita mestilah hormat orang terlebih dahulu.
3. Latih Leadership Skill
Masa Form 6 ni korang akan dideahkan sikit demi sikit ciri-ciri kepimpinan. Contohnya, berani cakap kat depan. Majoriti yang pemalu dan tak pandai cakap pon akan jadi lebih berani sebab terpaksa cakap kat depan. Kena buat presentation, pimpin ahli group kerja kursus, temu ramah orang, buat kajian lapangan, naik turun pejabat untuk temubual orang-orang penting, kena halau dengan guard dll. Semua ni korang dapat rasa dekat form 6.
4. Kumpul Banyak Sijil dan Markah Kokurikulum
Selalunya budak Form 6 akan diberi keutamaan dalam semua aktiviti kokurikulum sekolah. Korang akan diutamakan jadi presiden kelab dan persatuan. Ketua pengawas dan ketua rumah sukan. Masa ni la nak kumpul markah koku banyak-banyak buat modal masuk degree nanti.
5. Lebih Banyak Masa dengan Family
Yalah lepas korang dah jejak kaki dekat universiti korang hanya dapat jumpa family waktu cuti atau hujung minggu ja. Tu pun kejap je. 2-3 hari dah kena balik sambung belajar pulak. Lepas dah habis belajar ada yang kerja dan mungkin kahwin terus. Haha. Bila masa nak duduk dengan parents lagi kan. Simpan je niat nak keluar rumah tu lagi satu tahun setengah. Sebab lepas ni dah tak boleh spend time lama-lama dengan diorang
6. Yuran Pengajian Free
Yup, tak perlu bayar apa-apa since kerajaan tanggung semua kos. Hanya perlu bayar turan PIBG saja. Tapi buku teks tak disediakan. Semua kena beli sendiri. Tapi jangan risau sebab cikgu Form 6 akan suggest buku mana yang korang perlu beli. Ada subjek yang tak pelu. Eli buku teks pon. Cukup nota dalam internet. Tinggal nak print je. Ada jugak modul khusus subjek yang lengkap. Baru berapa ringgit ja satu modul.
7. Mindset Lebih Luas dan Matang
Belajar Form 6 ni sangat best sangat. Korang akan lebih aware dengan isu-isu semasa. Antaranya ialah tahu hak sebagai warganegara, belajar sejarah Malaysia, ekonomi, politik dll. Semua ni akan buat korang sedar tanggungjawab korang sebagai rakyat Malaysia dan buat korang lebih berani dan bersyukur dengan negara.
Banyak lagi sebenarnya kelebihan masuk Form 6 ni. Korang jangan pandang sebelah drkat Form 6. Ni merupakan jalan terpintas untuk korang sambung degree nanti. Sebahagian kuota degree di ipta nanti dikhusukan untuk budak form 6. Budak Form 6 jugak akan lebih disenangi oleh lecturer di universiti sebab mindset dan attitude korang akan jadi lain dan lebih better dari budak matrik dan asasi. Sebab apa? Sebab korang dilatih dan didedahkan step by step kehidupan dan cara belajar di universiti step by step dan dibantu oleh cikgu. Taklah korang terkejut beruk nanti bila sambung degree. Dekat universiti nanti korang jangan harap dapat makan suap. Sebab tu lah step pertama masuk Tingkatan 6.
Sekian dari saya, senior Form 6 ✌️
No comments:
Post a Comment