Wednesday 22 May 2019

Postage guna Easyparcel.com

Pengalaman guna Easyparcel.com




Sekarang ni semua di hujung jari giteww... Nak pos barang zaman now senang sangat. Tak payah susah-payah nak beratur panjang di pejabat Poslaju dah. Boleh buat online jer sis...

Macam mana aku boleh terjebak dengan Easyparcel yang mengeasykan hidup aku ni sebab member tempat aku intern lah recommend aku register under refferral dia. Tq bossku Acad. Memang sonang beb hidup aku lepas tu. Dah tak perlu nak pishang mengahadap kaunter Poslaju lagi. Huhu


5 Kenapa aku pilih Easyparcel ?


1. Ada service pick up

Yang nilah punca utama aku gunakan perkhidmatan Easyparcel. Korang boleh request sama ada nak courier pickup atau korang sendiri drop off dekat cawangan yang disediakan. Untuk pickup atau drop off tu pun korang boleh select date dan cawangan mana yang korang prefer. Semua di hujung jari. Hehe

2. Banyak pilihan courier 




Haa... Easyparcel ni sebenarnya macam platform je. Dia bukan syarikat courier penghantaran. Easyparcel dia ala-ala macam Trivago gitu... korang dapat bandingkan harga postage mengikut courier yang register under diorang. Ada banyak courier yang korang boleh pilih termasuklah big-big company macam Poslaju, Skynet, Nationwide dll tapi, tertakluk juga sama ada courier tu ada tak servis penghantaran ke kawasan yang nak dihantar atau pickup. Kalau comfirm wide coverage memang Poslaju paling win.

3. Harga lebih murah



Once hidayah untuk guna servis Easyparcel datang, mesti korang dah tobat nak guna cara konvensional sebab harga dia lebih murah kot. Contohlah kita amik Poslaju. Mengikut harga postage dari Semenanjung ke Semenanjung waktu posting ini ditulis sekitar RM6.90 untuk walkin ke ofis, tapi dengan Easyparcel korang boleh dapat dalam RM6.70 gitu. 

Dah jimat 20 sen beb untuk satu parcel. Kalau 10, 100, 1000 parcel sehari? Haaa kiro sendiri. Lagi satu, dekat Easyparcel ni selalu ada courier yang buat offer best-best. Antaranya courier Pgeon. Aku rasa Pgeon ni comp courier baru tapi aku amat puas hati lah. Kalau tadi Poslaju kena dalam RM6.70, kat Pgeon korang boleh dapat RM5 jerr untuk berat 2kg ke bawah. Padu kan ? 

4. Sistem topap




Ok, servis Easyparcel ni korang sebenarnya boleh guna dua cara pembayaran. Sama ada nak bayar one time off setiap kali guna Easyparcel atau korang register as user and topap duit kat dalam akaun korang. Aku memang suggest online seller kat luar sana yang ada postage setiap hari guna servis topap. 

Kalau korang topap ikut pakej-pakej yang diorang sediakan, korang boleh dapat reward. Harga courier pon jauh lebih murah dari harga quotation yang diorang bagi. Dia macam ala-ala member rate. Yang Pgeon RM5 tadi aku dapat sebab topap lah, tidak standard Pgeon dalam RM5.80. Pakej topap serendah RM50 hinggalah ribu riban. 

Antara reward yang dia bagi ialah extra kredit dengan packaging parcel brand Easyparcel. Oh btw, nak bagitau siap-siap... untuk packaging parcel barang korang boleh je pakai apa-apa jenis packaging. Diorang accept semua even packaging courier lain. Haha. Macam aku memang beli parcel Poslaju je sonang dan murah walaupun pos guna Pgeon sebab ada pocket consignment note kat situ. Mudah kerja denn. Huihui 

5. Bulk order




Ni antara features yang memudahkan hidup aku jugak. Alhamdulillah kekadang rezeki lebih dapat order dalam kuantiti yang banyak. Bestnye Easyparcel ni selain pos single parcel kita boleh juga submit bulk parcel serentak. Korang just download template bulk parcel yang diorang sediakan, isi dan upload balik je. Nanti sistem dia calculate and extract semua information cust. Senang hidup korang dari nak isi satu-satu. Kalau sehari 100 parcel mahu menangis dibuatnya. 

Haa begitulah serba sedikit pengalaman aku guna Easyparcel.com ni. So far aku recommend lah korang guna perkhidmatan diorang. Cuma yang kureng bab customer servis je. Lembap sikit kalau ada problem sebab semua through emel. Takde hotline no yang kita boleh direct call choyyy... 

Dah tahu ni adakah korang masih nak lagi isi form satu-satu pakai pen sambil tunggu no dipanggil ? 





Sunday 2 July 2017

7 Sebab Kenapa Perlu Sambung Tingkatan 6

Hi & Assalamualaikum.

Haa, memandangkan baru-baru ni keputusan Spm diumumkan, mesti ramai adik-adik yang masih buntu dekat mana nak sambung belajar nanti kan? Semua mesti tengah tunggu result upu. Sebelum upu keluar, sama ada kita dapat Form 6 atau dapat Matrik. Tapi ada ja yang takdak rezeki tak dapat dua-dua. Tapi masih boleh buat rayuan dekat Jabatan Pendidikan daerah masing-masing mohon masuk Tingkatan 6. Jangan pandang sebelah mata Form 6 ni. Banyak kelebihan budak-budak Form 6.

Sebagai senior Form 6 antara kelebihan yang korang akan dapat ialah:-

1. Lebih Banyak Pendedahan Cara Belajar di Universiti

Masa Form 6 ni kelas dah tak macam dulu. Ada kuliah dan latihan. Hari kuliah kelas akan digabungkan dan dibuat dekat auditorium atau bilik makmal. Cikgu pon berganti-ganti untuk kuliah. Hari tutorial baru diasingkan dalam kumpulan kecil duduk dalam bilik darjah. Untungnya kita dapat belajar dengan semua cikgu. Tapi ada jugak subjek yang kelas macam biasa.

2. Cikgu Layan Sebagai Orang Dewasa

Korang dah tak kena marah macam budak sekolah. Tapi ikut cikgu jugak la. Majoriti mindset cikgu-cikgu Form 6 ni akan layan pelajar Tingkatan 6 macam orang yang dah dewasa. Tapi kena sentiasa ingat, untuk dihormati kita mestilah hormat orang terlebih dahulu.

3. Latih Leadership Skill

Masa Form 6 ni korang akan dideahkan sikit demi sikit ciri-ciri kepimpinan. Contohnya, berani cakap kat depan. Majoriti yang pemalu dan tak pandai cakap pon akan jadi lebih berani sebab terpaksa cakap kat depan. Kena buat presentation, pimpin ahli group kerja kursus, temu ramah orang, buat kajian lapangan, naik turun pejabat untuk temubual orang-orang penting, kena halau dengan guard dll. Semua ni korang dapat rasa dekat form 6.

4. Kumpul Banyak Sijil dan Markah Kokurikulum

Selalunya budak Form 6 akan diberi keutamaan dalam semua aktiviti kokurikulum sekolah. Korang akan diutamakan jadi presiden kelab dan persatuan. Ketua pengawas dan ketua rumah sukan. Masa ni la nak kumpul markah koku banyak-banyak buat modal masuk degree nanti.

5. Lebih Banyak Masa dengan Family

Yalah lepas korang dah jejak kaki dekat universiti korang hanya dapat jumpa family waktu cuti atau hujung minggu ja. Tu pun kejap je. 2-3 hari dah kena balik sambung belajar pulak. Lepas dah habis belajar ada yang kerja dan mungkin kahwin terus. Haha. Bila masa nak duduk dengan parents lagi kan. Simpan je niat nak keluar rumah tu lagi satu tahun setengah. Sebab lepas ni dah tak boleh spend time lama-lama dengan diorang

6. Yuran Pengajian Free

Yup, tak perlu bayar apa-apa since kerajaan tanggung semua kos. Hanya perlu bayar turan PIBG saja. Tapi buku teks tak disediakan. Semua kena beli sendiri. Tapi jangan risau sebab cikgu Form 6 akan suggest buku mana yang korang perlu beli. Ada subjek yang tak pelu. Eli buku teks pon. Cukup nota dalam internet. Tinggal nak print je. Ada jugak modul khusus subjek yang lengkap. Baru berapa ringgit ja satu modul.

7. Mindset Lebih Luas dan Matang

Belajar Form 6 ni sangat best sangat. Korang akan lebih aware dengan isu-isu semasa. Antaranya ialah tahu hak sebagai warganegara, belajar sejarah Malaysia, ekonomi, politik dll. Semua ni akan buat korang sedar tanggungjawab korang sebagai rakyat Malaysia dan buat korang lebih berani dan bersyukur dengan negara.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan masuk Form 6 ni. Korang jangan pandang sebelah drkat Form 6. Ni merupakan jalan terpintas untuk korang sambung degree nanti. Sebahagian kuota degree di ipta nanti dikhusukan untuk budak form 6. Budak Form 6 jugak akan lebih disenangi oleh lecturer di universiti sebab mindset dan attitude korang akan jadi lain dan lebih better dari budak matrik dan asasi. Sebab apa? Sebab korang dilatih dan didedahkan step by step kehidupan dan cara belajar di universiti step by step dan dibantu oleh cikgu. Taklah korang terkejut beruk nanti bila sambung degree. Dekat universiti nanti korang jangan harap dapat makan suap. Sebab tu lah step pertama masuk Tingkatan 6.

Sekian dari saya, senior Form 6 ✌️

Monday 9 November 2015

BUKIT BANYAN Part 2 : DALAM RUMAH

Assalamualaikum

Hi! How are you guys doing? hehe. This time I want to write this entry in English because I want to improve my English skills. Muet Exam is just around the corner (which is Mac 2016) 'omg'. To get a good band I must practice from now. Sorry for the broken English (newbie here). So, today I want to share with you guys about Part 2. This part shows the inside of the house which is Ground Floor and First Floor. Ground Floor : Living Room, Dining Hall, Dry Kitchen, Wet Kitchen, Maid Room, Room 4 dan First Floor : Living Room 2, Master Bedroom, 2nd Room (which is my bedroom), and 3rd Room. Each room have their own bathroom. All picture that you see here from furnitures to accessories is original from the house because this time we just got the keys. Hope you guys enjoy and get some inspirations for your home.


Entrance. Welcoming us everyday :)


Living Room


Living Room


Build in wardrobe


Dining Hall


Complete set of Dining tables.


Dry Kitchen


Island Bar


Dry Kitchen


Maid Room + Maid. XD


Maid Room


Guest Bathroom


4th Room


4th room


2nd Living Hall. Darker because this time no electric. Haha


3rd Room. Children concept


 Officially Aleeya and Kaklang's room.


Study table.


2nd Room. My Kingdom. Hoho


Messy bed.


Large wardrobe


My bathroom. If you notice, every bathroom have their own concept.


Tadaaa! Master.


The biggest part of the house.


Fall in love with this the first time.


Feature wall. 


Dry Kitchen.


Wet kitchen


Wet kitchen.

Stairs. 


Master Room




Sunday 15 March 2015

BUKIT BANYAN Part 1 : LUAR RUMAH

BUKIT BANYAN  Part 1 : LUAR RUMAH

Assalamualaikum,...Hi guys!!..cewah..haha...omputih sikit la...lama betul tak update blog...bukan apa quite busy lately..haha..'alasan'...dengan sibuk exam lah,rumah lah macam2 lagi lah..:P...ok harini aku nak tunaikan janji nak update gambar rumah step by step..dah berkarat janji tu....masuk rumah bulan 8/14 la dah bulan 3 baru nak boh gambar...haha..sorry noh...gambar ni adalah gambar masa kami mula2 masuk rumah dulu...kira x renovate apa2 lagi....btw kami beli rumah direct pemaju..bukan atas tangan orang...so jangan tanya kenapa ada perabot siap2...hehe...untuk entry pertama ni aku letak gambar luar rumah dulu sebab gambar banyak...tak larat nak pilih... gambar ni dah wujud sebelum dapat kunci lagi...buat part by part lah...senang sikit...masa ni pemaju tak touch up lagi rumah sebab masih dalam proses kan....comot sikit la...gambar sebenar lepa dah cat satu rumah balik repair defect2 yang ada..


Bismillahhirrohmanirrohim..


Ni porch..boleh muat 2 biji kereta


Masih muat lagi sebijik...


Depan rumah ada padang..


Ni pintu masuk...wajib letak awning sebab selalu tempias kalau hujan


Readymade garden :)
and maid baru..haha


Matured bucida tree and super mom!


Jom sedut oksigen!


Explore jangan x explore aleeya..


Closeup sikit..


Garden back view...sebelah tu guard post


Atas open pergola?


ruang belakang...luas dalam 10 kaki mcm tu..yang best sebab rumah kita atas...jiran belakang x boleh jengok la..haha


Tuesday 20 January 2015

Petua Hilangkan Ulser Mulut

Petua Hilangkan Ulser Mulut 

(sekadar hiasan..haha..yang ni habih kiut)


Assalamualaikum...

'Aku Tanya Apa Khabar'..haha...lama tak update blog...mood baru mai ni..:P

Ok..baru2 ni aku kena ulser mulut...memang tak selesa oo...tambah2  jadi kat atas bibir pulak...kalau kat dalam mulut ok lagi...dekat seminggu jugak kemurungan..jangan kata nak makan,nak cakap pun tak selesa..naik bengkak bibir bawah ni...aduss!! Dah bertahun tak jadi ulser...ni dia mai pulak..haha

Straight to the point

Sebab jadi Ulser:

* Sistem imun badan yang lemah

* Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain

* Stress

* Kurang nutrien dalam badan

* Haid dan perubahan hormon yang mendadak

* Guna ubat gigi yang mengandungi bahan kimia

* Mengumpat kata kat orang..haha..ni orang2 tua dok kata :D

* Tergigit lidah,gusi masa makan

* Kurang minum air kosong

(Aku punya problem 2 yang terakhir..haha)

Solution:

1) Cara tradisional:

*Air Garam 

Sapa tak penah buat ni mesti kena sekeh..haha..method ni memang dasyat...kumur air garam yang dibancuh dengan air panas 2-3 kali sehari..Ia dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.
Sapa yang nak lagi ganas boleh letak direct garam kat tempat ulser..fuhhhh!!! T_T

*Air + Baking Soda

Campuran air dan baking soda boleh diletakkan di bahagian ulser. Anda akan dapat rasa pedih tetapi secara perlahan-lahan ia akan kurangkan diameter luka terbabit. Bahan campuran ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.

*Elak Makan Pedas

Makanan yang pedas boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Makan sup2 dan yang tak bercili kalau boleh

*Air Kelapa

Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan.

*Aiskrim

Makan aiskrim...macam best je kan..haha...memang best pon..tujuan dia bagi kena kat ulser tu...biar rasa ngilu..kecut ulser tu


2) Cara moden:

*Ubat Gigi

Letak sikit ubat gigi kat tempat ulser tu...pedih sat tapi lepas tu sejuk jaa..yang ni boleh tahan dari garam

*Vitamin B & Vitamin C

Makan banyak2...contohnya mangga, oren, brokoli, strawberi, kiwi,sayur bayam dan sayur warna hijau.

*Bonjela


Aku dah try bonjela banyak kali...tapi rasa macam semakin teruk ja...mingkin tak kena kot ubat ni ngan sesetengah orang..so aku tak rekomen

*Kanalone Oral Base




Yang ni memang bagus...lagipun masa letak tu tak pedih langsung...rasa sejuk..opposite gila dengan bonjela...aku pakai 2 kali ja dah lega..beli kat farmasi Taman Sejati (sebelah Parkson)...harga dalam rm10 paket kecik

**kalau korang (Orang Sungai Petani) nak beli ubat..aku rekomen pi kat farmasi aunty ni...harga pon ok...ubat yang dia bagi pon sesuai..
Lokasi di sebelah kiri Parkson Taman Sejati (bangunan belah kiri)...sederet dengan butik Uji Fesyen

**nasihat aku kalau korang nak cepat sembuh...kebersihan mulut tu kena selalu jaga...tambah2 masa jadi ulser...jangan malas berus gigi..percayalah kalau tak gosok bertambah terul ulser tu...air satu lagi...minum banyak air suam...korban la sikit masa untuk pi tandas demi mulut tu..haha